Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.na/] | دنق

Definisi : 1. burung atau binatang pemikat (utk menarik burung atau binatang yg hendak diperangkap dsb), umpan: Dolah batuk menguku-nguku macam ~ tekukur melawan; 2. Kd telur yg digunakan utk mengumpan ayam supaya ber­telur; ayam ~ a) ayam hutan; b) ayam katik; ~ penunggul (burung) pemikat yg dilekatkan pd tunggul kayu; spt ~ mencari lawan prb se­seorang yg gagah dan berani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.na/] | دنق

Definisi : burung (binatang) pemikat. ayam ~ a. ayam hutan. b. ayam katik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata denak

Puisi
 

Ayam denak hujung tualang,
     Hutan batu bersimpul pulih;
Hak jinak menjadi jalang,
     Ke mana hatiku hendak boleh.


Lihat selanjutnya...(15)

Pantun

PantunSumberTema
Ayam denak hujung tualang, Hutan batu simpul pulih; Hak jinak jadi jalang, Guna tipu hendak boleh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam denak hujung tualang, Hutan batu bersimpul pulih; Hak jinak menjadi jalang, Ke mana hatiku hendak boleh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam denak di tengah padang, Mari dipecat budak raja; Sungguh jinak mata memandang, Tak boleh ditangkap sahaja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam denak beranak empat, Cari makan di cerang rimba; Tengok jinak tangkap tak dapat, Hati mana saya tak gila.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam denak ayam dani, Ayam cempa makanlah padi; Kalau tiada abang di sini, Kamilah rindu sampai ke mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik tuan memotong baju, Temak denak tengah jerami; Jika tuan cakap begitu, Sangat benak hati kami.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam hutan terbang ke hutan, Turun ke tanah mencari makan; Kerana digila burung di hutan, Denak di rumah mati tak makan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas