| Adat resam kata orang, Ada raja dengan wazirnya; Adat faham lembaga terang, Setara nama dengan fiilnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Laju-laju perahu laju, Laju sampai Seri Baya; Bukalah kain dengan baju, Jangan lupa nama saya. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Serampang laut nama lagunya, Lawan menyanyi berganti-ganti; Kemaskan kemudi dengan sempurna, Tak karam diharung sampai ke tepi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan budi senonoh; Elok akhlak nama terpandang, Sepanjang zaman menjadi contoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan laku pekerti; Elok akhlak nama terpandang, Sebarang kerja tentu menjadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan petuah amanah; Elok akhlak nama terpandang, Orang segan maruah bertambah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan adat lembaga; Elok akhlak nama terpandang, Dikenang orang sepanjang masa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Elok anak kerana dipandang, Dikandang dengan tunjuk dan ajar; Elok akhlak nama terpandang, Lapanglah jalan duduk pun benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan iman dan takwa; Elok akhlak nama terpandang, Senanglah badan di hari tua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |