Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ngar.de.ngar] | دڠر٢

Definisi : menurut khabar yg diterima, menurut yg diketahui: ~nya Idah selalu bergaduh di sana; ~ angin menurut khabar angin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengar-dengar

Puisi
 

Di mana kepayang yang gugur,
     Dengar akan bunyi labuknya;
Di mana si dayangku tidur,
     Dengar akan bunyi jua batuknya.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Dengar cakap enggang,
     makan buah beluluk;
dengar cakap orang,
     terjun masuk lubuk.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan itu hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Bunyi kuang permatang tujuh, Gesel sembilu di tengah jalan; Dengar pesan abang jauh, Bangun merindu tengah malam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cincin ada di jari manis, Cincin di jari si anak raja; Dengar ke mulut sangatlah manis, Nak hidup bersama nak mati berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cincin patah cincin permata, Sayang gandaran putus talinya; Makin lawa makin tercinta, Dengar-dengaran bunyi-bunyinya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak pinang serta sayur, Bunga pekan dalam cerana; Hati perut bagai dilayur, Dengar pesan abang di sana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas