Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[deng.kur] | دڠکور

Definisi : 1. bunyi spt bunyi nafas yg kuat (dr orang yg sedang tidur), keruh; 2. bunyi kur kur (kerana kesakitan yg amat sangat): ter­dengar bunyi orang tersungkur jatuh di hujung tangga diikuti ~ yg kuat; berdengkur, mendengkur 1. menge­luar­kan dengkur (ketika tidur), berkeruh, me­ngeruh: tidur ~; 2. tidur dgn nyenyaknya serta mengeluarkan (bunyi) dengkur: apabila ayam berkokok kencang, aku sudah jaga, tetapi Mustapha masih ~; dengkuran dengkur, bunyi mendengkur: Fauzi dgn mulutnya ternganga, melepaskan ~ pula spt bunyi harimau menantikan mangsanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[deng.kur] | دڠکور

Definisi : bunyi nafas yg kuat sewaktu tidur; keruh: Dia berasa terganggu mendengar ~ orang itu. berdengkur mengeluarkan dengkur; berkeruh: Matahari sudah tinggi tetapi Ali masih ~. dengkuran bunyi dengkur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengkur


Pantun

PantunSumberTema
Tahi ayam sangkut berbelit, Sangkut ke pagar kendur talinya; Hari malam perut melilit, Takut mendengar dengkur lakinya. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas