Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kesusahan (kesakitan, keseksaan, dsb) yg dialami: sejak dia ditahan, keluarganya menanggung ~ kesengsaraan; menderita 1. menanggung kesusahan (ke­sakitan, keseksaan, dsb): dia hidup ~ sejak ditinggalkan kekasih; 2. = menderitai menanggung, mengalami: orang pelarian Kampuchea ~ kemiskinan yg teruk; kerugian yg mereka deritai amatlah banyak; menderitakan membuat seseorang meng­alami derita; terderita, terderitakan dapat dideritai (di­tanggung), tertanggung, tertahan: bukan main sedihnya, tidak ~ sesalnya; deritaan perkara yg diderita (spt kesakitan, kesusahan, dll): ~nya kali ini lebih berat drpd yg sudah-sudah; penderitaan 1. perihal menderita, pe­nang­gungan: ingin dia mengadukan ~ batinnya itu kpd kawannya; 2. deritaan; penderita 1. orang yg menderita; ~ cacat orang yg cacat; ~ sakit paru-paru orang yg menghidap sakit paru-paru; 2. Id pelengkap (benda) yg menjadi tujuan kata kerja (per­buatan) dlm ayat: dlm ayat ‘dia menyepak bola’, ‘bola’ ialah ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata derita I

Peribahasa

357

One man's meat is another man's poison

Sesuatu yang disukai oleh seseorang, tetapi dibenci pula oleh orang lain.

Pejatian awak, kepandaian orang.

Polygamy is sweet to some women, but one man's meat is another man's poison. I would rather remain unmarried than suffer in silence!

Hidup bermadu manis bagi sesetengah perempuan, tetapi pejatian awak, kepantangan orang. Saya lebih rela membujang daripada hidup memendam derita!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Terang-terang pelita, Tersembunyi anak dara; Mak tambah derita, Bapa masuk penjara.Pantun Melayu SarawakUsik-Usik
Nahas kemalangan tajuk berita, Tujuh penumpang masih hilang; Panas badan menahan derita, Mengenang nasib diriku seorang.Pantun Melayu SarawakKasih
Uda Dara mabuk cinta, Mati bersama kubur selubang; Udah sakit menanggung derita; Udah nak mati baru sembahyang.Pantun Melayu SarawakAgama
Menganyam pandan si dara jelita, Memakai baju kain sutera; Tidak kita menanggung derita, Kerana hidup aman sejahtera.Pantun Melayu SarawakNasihat
Daripada mencelup tudung pintu, Elok membeli tudung jendela; Daripada hidup menanggung rindu, Eloklah mati menanggung derita.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kelip-kelip api di kapal, Baru sedar pasang pelita; Air mata jatuh ke bantal, Baru sedar menanggung derita.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas