Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ru] | درو

Definisi : bunyi spt bunyi tiupan angin yg kuat (ribut, guruh, dll): ~ desau ombak meng­hempaskan diri pd batu karang terdengar dgn jelas; berderu, menderu, menderu-deru 1. ber­bunyi spt bunyi angin bertiup (ribut, guruh, dll): tidak lama kemudian menderulah ke­reta api tiba; 2. berduyun-duyun (datang, pergi, dsb): menderu-deru orang ramai keluar menonton pertunjukan itu; deruan deru: bunyi ~ enjin motokar di jalan raya mengganggu fikirannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ru] | درو

Definisi : = deruan bunyi spt bunyi tiupan angin yg kuat (ribut dll): Dr jauh kedengaran ~ ombak memukul pantai. berderu berbunyi spt bunyi angin bertiup (ribut dll): Tidak lama kemudian, ~lah angin ribut dr arah laut. menderu mengeluarkan bunyi deru: Apabila angin mula ~, segala burung menjadi haru-biru. penderu loceng elektrik yg tidak mempunyai tukul atau gong tetapi berbunyi disebabkan oleh getaran angker yg kencang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata deru


Pantun

PantunSumberTema
Di mana deru di situ ribut, Ribut diiring angin utara; Garam saya air di laut, Tak masin banyak sikit pun ada.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Angin barat gelombang barat, Deru ombak bukan kepalang; Ingin selamat pegang amanat, Bila tidak hidupkan malang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas