Pusat paruh di antara tanam, Tanam jangan di antara padi; Jikalau jauh di antara badan, Jauh jangan menyerah diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Banyak bunga di kala subuh, Bunga yang kasa di antara layu; Banyak abang dipandang sungguh, Kanda juga dipandang lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Antara petang hingga malam, Di sana orang berebut mandi; Bila kukenang ke masa silam, Kita bertunang tak patut lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Antara pagi dengan petang, Di sana orang mencari nafkah; Bila kukaji kesalahan abang, Daripada bertunang elok berpisah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Berpangkat-pangkat batang kuini, Sekelilingnya puding semata, Di sana takik abang tanggalkan; Kalaulah berangkat abang kini, Antara kening dengan mata, Di situ adik abang tinggalkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ombak di laut meniti buih, Ombak datang dari seberang; Antara budi dengan kasih, Mana satu dikenang orang? | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Sayang Senggora pulau di laut, Tempat kapal pergi datang; Hidup kita antara maut, Cari pagi makan petang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Suluh menyuluh di Teluk Emas, Panas sejuk angin utara; Ribut taufan baik berkemas, Antara belum jadi sengsara. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Batu bata jalan tak rata, Bersenang-senang di luar anjung, Kata-mengata antara kita, Kalah menang tiada yang untung. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kapal Acheh Salleh tolak, Mari terlena di Pulau Minyak; Setengah kasih setengah tidak, Antara jangan dicampur hendak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |