Cendawan tumbuh di atas awan, Tumbuh sekali di atas bilah; Cuba-cubalah bagai cendawan, Untung selamat kasihan Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Orang belayar di atas layar, Orang berjudi di atas rimbat; Hutang rial boleh dibayar, Hutang budi bertambah rimbat. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Buah pauh di atas batang, Sayang cermai di atas batu; Tuan jauh ke mari datang, Meramai akan kampungku. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Teluk merah di atas talam, Talam terletak di atas geta; Inilah surat berkirim salam, Dakwat bercampur air mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Berdentum guruh di atas papan, Kilatnya sampai di atas bahu; Tujuh syurga di dalam badan, Tolong huraikan satu persatu. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Bunga raya di atas peti, Bunga melur di atas batu; Memang ada niat di hati, Hendak menyunting bunga yang satu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Putus tali di atas papan, Mari terletak di atas tangan; Sudah hati kumbang berlapan, Mengenang bunga di dalam tangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Yang baju di atas, Yang seluar di bawah; Yang mahu di atas, Yang keluar di bawah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ujung tiang berbaji dua, Satu di atas satu di bawah; Untung malang berlaki tua, Layu di atas layu di bawah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Di atas tebing airnya pasang, Sakit terlanggar padang berduri; Sudah teringat memandang abang, Rasa membunuh badan sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |