Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di mana

Puisi
 

Di mana bintang di mana bulan,
     Sama sahaja terang keduanya;
Di mananya tunang di mana bukan,
     Sama sahaja lenggang keduanya.


Lihat selanjutnya...(110)
Peribahasa

Di mana tembilang terentak,
     di situ cendawan tumbuh.

Bermaksud :

Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh, b. Di mana kapak jatuh, di situ baji makan).

 

Lihat selanjutnya...(37)

173

He that would eat the fruit must climb the tree

Jika mahukan sesuatu, haruslah berusaha dengan kuat.

Jika tidak dipecahkan ruyung di mana boleh mendapat sagunya.

Finally, his dream to become the first Malaysian astronaut has been realized. Indeed he has been many sacrifices and it took so many years off studying and training. He that would eat the fruit must climb the tree.

Akhirnya, impiannya untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia tercapai. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban dan bertahun-tahun lamanya dia belajar dan menjalani latihan. Jika tidak dipecahkan ruyung di mana boleh mendapat sagunya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

PantunSumberTema
Sayang berakit berkajang kain, Di mana teluk di mana bertimba; Sayang sakit bercerai main, Di mana duduk di mana bercinta.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Di mana bintang di mana bulan, Sama sahaja terang keduanya; Di mananya tunang di mana bukan, Sama sahaja lenggang keduanya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanam padi bertimpa-timpa, Di mana letak mawar merah; Dalam hati tidak lupa, Di mana-mana terlihat wajah.Pantun Melayu SarawakKasih
Mana berantai mana tidak, Berjalan dua berantai dua; Di mana kasih di mana tidak, Badan satu kekasih dua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Di mana didikku tadi, Padi tumpah bawah tangga; Di mana dia adikku tadi, Hati susah kerana dia.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Di mana kepayang yang gugur, Dengar akan bunyi labuknya; Di mana si dayangku tidur, Dengar akan bunyi jua batuknya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batang selasih berdahan layu, Di mana buah akan melekat; Orang kukasih enggan bertemu, Di mana pula badan menepat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau bukan kerana kunci, Di mana peti mahu dibuka; Jika bukan kerana budi, Di mana kami hatilah suka.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Berpangkat-pangkat batang kuini, Takik di mana abang tanggalkan; Kalaulah berangkat abang kini, Adik di mana abang tingglkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Siapa suka bermain gendang, Lama-lama tentulah pandai; Siapa suka mempermainkan orang, Di mana-mana seterunya ramai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12345678910...

Kembali ke atas