Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di manalah

Puisi
 

Kalau ada buah cempedak,
     Jangan diperam dengan ragi;
Khabar tiada alamat pun tidak,
     Di manalah hendak dicari lagi.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Air pasang limpah ke pasar, Tanam pinang kelapa mati; Di manalah tuan belajar, Pandai mencari isyarat hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau ada buah cempedak, Jangan diperam dengan ragi; Khabar tiada alamat pun tidak, Di manalah hendak dicari lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merpati bertelur tunggal, Menetas anak turun ke paya; Ibu mati bapa pun meninggal, Di manalah tempat kami nak bermanja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kelap-kelip kunang-kunang di rimba, Tempat di pohon gedung; Silap sedikit marahkan hamba, Di manalah tempat diri berlindung.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau ubi hendak dijual, Jual sekali pegaga di sawah; Berdetak di hati terbit kesal, Manalah terduga akannya padah.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Bila lancang sudah berlabuh, Di sana dapat orang bermalam; Apabila abanglah pergi jauh, Manalah dapat kutidur malam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak Cina dari seberang, Rama-rama di pohon turi; Saya datang ke kampung orang, Manalah sama kampung sendiri.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan

Kembali ke atas