Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di sebelah

Puisi
 

Berdua-dua berjalan malam,
     Kain disidai di rumah sebelah;
Mabuk arak dari semalam,
     Main mabuk bila nak sudah?


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Sarang penyengat di pucuk kangkung, Ada sebelah di dalam cawan; Ingat-ingat muda sekampung, Mata sebelah mencari lawan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berdua-dua berjalan malam, Kain disidai di rumah sebelah; Mabuk arak dari semalam, Main mabuk bila nak sudah?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga sena kuning mencelah, Daun kering jatuh bersepah; Saya yang hina buang sebelah, Hidup di dunia bagai sampah.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Lukah dipasang rapat-rapat, Lukah diikat kayu sebelah; Luka di tangan dapat diubat, Luka di hati semakin berdarah.Pantun Melayu SarawakKasih
Banyaklah padi berdaun sebelah, Padi bertempat di bakul lima; Banyaklah nabi diturunkan Allah, Nabi Muhammad jadi penghulunya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyaklah padi berdaun sebelah, Pada bertempat di bakul lima; Banyaklah nabi diturunkan Allah, Nabi Muhammad rasul utama.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Orang berperang jatuh tersungkur, Buat kubu sebelah kiri; Adat di hutan harimau mengambur, adat Adat lalang makan api.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Budak nakal di pintu raja, Pakai pedang sebelah kiri; Buah masak kalau tak jaga, Disambar keluang dibawa lari.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Daripada duduk di tengah halaman, Eloklah pergi mencuci kain; Daripada bertepuk sebelah tangan, Eloklah mencari kekasih lain.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bunyi pungguk dayu-mendayu, Hinggap di ranting lata-melata; Lapuklah sebelah lengan baju, Kerana menghapus air mata.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas