Kalau banyak bertanam puding, Di sana busut di situ kasai; Kalau bijak dalam berunding, Di mana kusut di situ selesai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pualu gaya teluk Selatan, Di situ banyak katak lompat, Kalau berayah orang utan, Dapat anak berkaki empat. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Besarlah tikar tempat bersila, Di situ budak memakan sirih; Biarpun lapar melarat pula, Kasihku tidak akan beralih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Batang nyiur tegaknya tinggi, Di situ beruk bermain mumbang; Orang ditegur tidak peduli, Hatiku remuk bukan kepalang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Batang nyiur tegak menjulang, Di situ tupai memanjat selaku; Orang ditegur tidak memandang, Hatiku bagai disayat sembilu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana kita hendak berenang, Di situ orang memasang kelong; Bagaimana hamba hendak dipinang, Abang selalu bercakap bohong. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dari dahulu batang berakuk, Di situ hinggap burung merpati; Dari dahulu abang bengkok, Seribu janji tidak tepati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tupai berlari naik permatang, Di situ banyak buah kemiri; Sampai mati adik kukenang, Kasihku tidak berbelah bagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tasik serai nama telaga, Di situ orang menyauk udang; Adik pandai bermanis muka, Tentulah abang mabuk kepayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Nampak dari Kuala Segamat, Di situ banyak pokok pauh; Berubah hati berdebar semangat, Kerana bertemu kampung bertuah. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |