Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di tengah-tengah

Puisi
 

Apa putih di tengah laut? Anak Cina menangguk udang;
     Apa putih di tengah rambut? Bunga cina baru nak kembang.


Lihat selanjutnya...(97)
Peribahasa

Gajah sama gajah berjuang,
     pelanduk mati di tengah-tengah.

Bermaksud :

Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit, b. Gajah berjuang sama gajah, pelanduk [= kancil] mati di tengah-tengah).

 

Lihat selanjutnya...(46)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Burung serindit tidur tergantung, Tergantung mari di alang tengah; Tabiklah datuk empunya kampung, Kami bermain di tengah-tengah.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Cempedak di tengah halaman, Tegak sebatang terdiri-diri; Mengapa tegak di tengah halaman, Hari nan sedang tengah hari.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Cempedak di tengah halaman, Terliuk-liuk cabangnya dahan; Kami tegak di tengah halaman, Untuk menyejuk-nyejukkan badan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Cempedak di tengah halaman, Uratnya patah tindih-menindih; Janganlah tegak di tengah halaman. Naiklah ke rumah makan sirih.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apa putih di tengah laut? Anak Cina menangguk udang; Apa putih di tengah rambut? Bunga cina baru nak kembang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Apa putih di tengah laut, Ruku-ruku tanaman Cina; Apa putih di tengah rambut, Telur kutu disangka bunga.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Anak laksamana bermain pedang, Anak Belanda mencukur janggut; Membuang tuba di tengah padang, Anak mati di tengah laut.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pergi ke hutan memburu rusa, Rusa berjemur di tengah panas; Kalau pandai menimbang rasa, Jangankan tepi di tengah tak lemas.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Saya hendak menyukur janggut, Anak tauke bermain pedang; Di tengah laut gelombang ribut, Ikan mati di tengah padang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Letak di tengah talam, Mari tumbuk kutapisi; Bangun tersedak tengah malam, Bantal kupeluk kutangisi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas