Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dia

Puisi
 

Dia beli sakin tiga suku,
     Kan diambil bak ambar jalan;
Mande kandung duduk di pintu,
     Melihat anak kan berjalan.


Lihat selanjutnya...(76)
Peribahasa

Gelagah boreh rambutan,
     orang berbunga dia berbunga,
orang berbuah dia tidak.

Bermaksud :

Orang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan, tetapi perbuatannya itu sia-sia belaka. (Bandingkan dengan: Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak). gelagah boreh = rambutan jantan.

 

Lihat selanjutnya...(35)

13

A bad workman always quarrels with his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always quarrels with his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Pantun

PantunSumberTema
Anak merbah hinggap di ranting, Disumpit oleh anak sakai; Bila tergelak dia menjeling, Bila jauh dia melambai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah padi terlalu masak, Buah dia lalu ke pucuk; Hati kami sudahlah rosak, Siapa dia dapat memujuk.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asuklah hitam bergigi emas, Ekor dia lilit ke sawa; Tubuhnya hitam kupeluk kemas, Rasa memeluk intan gemala.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Akob mengayak besi, Mari tuba di Pulau Lalang; Pujuklah dia hingga mati, Main muda alang kepalang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Aduilah adui meniti batang, Si teman bujang dicari juga; Berapa jauh dia datang? Kalau jadi dari semula.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cabut ciku tanam halia, Cabutlah serai di umbut manis; Masuk tidur ingatkan dia, Tunduk ke tikar duduk menangis.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merak burung di rimba, Burung makan padi setangkai; Belum layak rupanya dia, Hendak mati bertindih bangkai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beli kain terus dilipat, Lipat pula cara sedia; Cari yang lain tidak dapat, Balik pula pada dia.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas