Kami hendak merawat tua, Pakai baju kasa-kasa; Suami hendak beristeri dua, Biar saja, dia kan rasa. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Tabiat Melayu pantang mengiri, Sesama umat berkata jujur; Sepakat Melayu petang dan pagi, Siapa khianat dia kan hancur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Siapa ingat hari kan senja, Tentulah dia bersedia suluh; Siapa ingat kan hari tua, Tentulah dia bekerja sungguh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Siapa ingat hari kan petang, Tentulah dia bergegas mandi; Siapa beringat kebaikan orang, Tentulah dia membalas budi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Dia beli sakin tiga suku, Kan diambil bak ambar jalan; Mande kandung duduk di pintu, Melihat anak kan berjalan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Siapa ingat menghidupkan api, Tentulah mudah memasak sayur; Siapa ingat hidup kan mati, Tentulah dia banyak bersyukur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |