Cik Akob mengayak besi, Mari tuba di Pulau Lalang; Pujuklah dia hingga mati, Main muda alang kepalang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Siapa ingat menghidupkan api, Tentulah mudah memasak sayur; Siapa ingat hidup kan mati, Tentulah dia banyak bersyukur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Burung merak burung di rimba, Burung makan padi setangkai; Belum layak rupanya dia, Hendak mati bertindih bangkai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak lang di kayu mati, Patah ranting terbang dia; Saya dagang tumpang berhenti, Kecut hati berjalanlah saya. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |