Yang singgah diajak berbual, Nasi ditanak gulai disenduk; Orang nikah awak yang kesal, Bininya budak lakilah bongkok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang singgah diajak duduk, Duduk merokok saling bertanya; Orang nikah awak yang mabuk, Mabuk menengok juling matanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang singgah diajak makan, Makan minum memuaskan tekaknya; Orang nikah awak yang pengsan, Pengsan mencium bau ketiaknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang singgah diajak bermalam, Duduk berangin di selasar tinggi; Orang nikah awak yang demam, Menengok pengantin sebesar gergasi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Timur mari selatan mari, Jangan diajak darat laut; Hidup kita bersama mati, Bersama ajal dan maut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan mudah orang berhelat, Sahabat handai diajak serta; Bukan mudah memegang adat, Syariat dipakai nampak di mata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Anak sembilang mudik menduduk Sekali jala habis tertangkap; Diajak berterang adik tak mahu, Kunanti saja di dalam gelap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Awan berarak sebelah hulu Tanda hujan menjelang petang; Jangan diajak dinda bercumbu, Kita bukan bertunang-lanang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Belum diindang sudah ditanak, Manakan nasi dapat dimakan; Belum dipinang sudah diajak, Manakan kami mahu kan tuan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sungguh bertuah kuali tembuk, Banyak diisi takkan melimpah; Sungguh bertuah berlaku gemuk, Diajak berkelahi tegak pun susah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |