Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diambil

Puisi
 

Selasih diambil dari barat,
     Dibawa orang jual ke pekan;
Cinta kasih tak ada ubat,
     Selagi tak jumpa hati tak senang.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Umpama memerah nyiur,
     santan diambil hampas dibuang.

Bermaksud :

Mendengar nasihat orang, pilihlah yang baik dan buanglah yang buruk.

 

Lihat selanjutnya...(10)

595

Once a thief, always a thief

Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.

Kerbau tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga

Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.

Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Kerbau tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga''.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(20)

Pantun

PantunSumberTema
Kalau diambil kayu di paya, Padi ladang boleh ditugal; Kalaulah adik mahu tertawa, Mati pun abang tidak menyesal.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Selasih diambil dari barat, Dibawa orang jual ke pekan; Cinta kasih tak ada ubat, Selagi tak jumpa hati tak senang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dibelah dua diambil pati, Campur dengan bunga raya; Telah kutemui pencarian sejati, Cintai Allah yang maha kaya.Pantun Melayu SarawakPerantau
Cendawan tumbuh di batang, Diambil orang setiap hari; pengantin/bulan Bagai bulan dipagar bintang, Pengantin duduk suami isteri.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Padi pulut dari permatang, Diambil orang buat kenduri; Buah hati kekasih orang, Tak kulupa sampai ke mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pucuk kaduk di tepi perigi, Diambil orang anak beranak; Biar buruk asalkan besi, Sanggup rebah kayu yang banyak.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Buah pauh asam pauh, Mari diambil dari hulu; Tuan jauh saya jauh, Sama-sama menanggung rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah jering di atas para, Diambil budak sambil berlari; Keringlah laut selat Melaka, Barulah saya mungkirkan janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lengkuas penuh dengan serat, Dibuang kulit diambil pati; Puas kujelajahi laut dan darat, Baru kutemui pencarian sejati.Pantun Melayu SarawakPerantau
Batang selasih buahnya banyak, Setiap hari diambil orang; Orang kukasih sudahlah muak, Ke mana lagi hamba menumpang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas