Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diangkat

Puisi
 

Apa buat menganyam nyiru,
     Lintang akan sambil diangkat;
Apa boleh menahan rindu,
     Dilimpang akan ditidur angkat.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Getah terbangkit (= diangkat) kuaran tiba.

Bermaksud :

Perhitungan yang salah. kuaran = burung kuak-kuak.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Jangan diangkat benda yang berat, Terkikir pinggang sakit belikat; Patah pancang tinggal sekerat, Tinggal tunggul sangka pukat.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Apabila menari tangan diangkat, Jagalah langkah agar seimbang; Apabila memberi jangan diumpat, Supaya pahalanya tidak hilang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Yang ringan sama diangkat, Bila berat pikul sendiri; Orang penyegan suka menjilat, Makan kuat sebakul sehari.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Supaya beban mudah diangkat, Eloklah dibawa beramai-ramai; Supaya badan kita selamat, Elok tak usah memandai-mandai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pingganlah pesuk diisi juga, Baru diangkat pecah berderai; Badanlah bongkok berbini muda, Baru mendekat sudah terkulai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ikan terubuk mati dituba, Hendak diangkat tidak tergapai; Badanlah bongkok berbini muda, Banyaklah niat yang tidak sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pasang naik mencabut sauh, Sauh diangkat dihela talinya; Orang baik patut dicontoh, Dicontoh sifat mulia hatinya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Selama puntung tidak bernyala, Banyaklah periuk tidak diangkat; Selama lotong tidak menjala, Banyaklah beruk turun memukat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apa buat menganyam nyiru, Lintang akan sambil diangkat; Apa boleh menahan rindu, Dilimpang akan ditidur angkat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung pipit datang ke mari, Tempat orang menanam pala; Kening diangkat senyum diberi, Bagaimana hati tak gila.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas