Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Adakah anda bermaksud : dibaja,dibawa,debak,dabak

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibaca

Puisi
 

Buah macang setangkai lebat,
     Belum dimakan manis dahulu;
Budak ini menghantar surat,
     Belum dibaca menangis dulu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagai memegang buah kepantangan beruk;
     ditelan mati emak,
diludahkan mati bapa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang seba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(6)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Pecah piring menjadi kaca, Pecah kaca menjadi gelas; Surat dikirim harap dibaca, Sudah dibaca harap dibalas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Adapun surat yang tersurat, Dibaca terang tiap halaman; Adapun adat yang teradat, Dirubah orang setiap zaman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Carta dibuat bersilang-silang. Mudah dibaca tanpa kanta; Harta bukan milik seorang, Harus dikongsi sesama kita.Pantun Melayu SarawakNasihat
Surat kita sudah dibentang, Untuk dibaca supaya faham; Adat kita sudah dibilang, Untuk pelita siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Surat kita sudah dibentang, Untuk dibaca beramai-ramai; Adat kita sudah dibilang, Untuk menjaga budi perangai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adapun surat yang tersurat, Sekali bentang dibaca mudah; Adapun adat yang teradat, Pagi petang boleh dirubah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buah macang setangkai lebat, Belum dimakan manis dahulu; Budak ini menghantar surat, Belum dibaca menangis dulu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Bedak ini bedak dilingan, Bedak hanyut dari hulu; Surat ini surat kiriman, Belum dibaca menangis dahulu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Rambutku jangan ditocang, Indung saya di jari manis; Petang-petang surat datang, Belum dibaca dulu menangis.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sutera ini sutera gulungan, Sutera perajut kaca; Suratku ini surat kiriman, Dendam rindu boleh dibaca.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas