Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibakar

Puisi
 

Tetakku bemban di muka pintu,
     Dibakar dengan bunga selasih;
Janganlah jangan cakap begitu,
     Belumlah kita bercerai kasih.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Gaharu dibakar kemenyan berbau.

Bermaksud :

Memperlihatkan kelebihannya supaya dipercayai orang.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pantun

PantunSumberTema
Jangan dibakar antan kayu, Antan tidak dimakan api; Jangan dicabar jantan Melayu, Jantan Melayu tak takut mati.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Yang lemang dibakar, Yang ubi diparut; Yang hutang dibayar, Yang janji diturut.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Limau padi dibakar tebing, Habis dimakan anak katak; Hati mana tidak runsing, Orang ada saya tidak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apabila ladang tidak dibakar, Bekerja penat hasil tak ada; Apabila hutang tidak dibayar, Dunia akhirat badan terhina.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila ladang tidak dibakar, Manakan dapat menugal padi; Apabila hutang tidak dibayar, Nama cacat terjuallah diri.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila ladang tidak dibakar, Hujan turun rumput berkembang; Apabila hutang tidak dibayar, Turun-temurun disebut orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sifat lampu sumbu dibakar, Cahayanya terang di dalam gelap; Adat Melayu berlaku sabar, Dadanya lapang faham bercakap.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sabut kelapa elok dibakar, Asapnya dapat menghalau nyamuk; Takut terlupa elok berlajar, Supaya ingat jikalau suntuk.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Yang dipindang ikan, yang dibakar daging; Yang dipegang tangan, Yang gementar keting.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Penat sudah orang membakar, Ladang dibakar tak mahu hangus; Penat sudah abang bersabar, Hilang sabar kasihku putus.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas