Dibawa angin ke barat daya, Jatuh ia ke atas titi; Kalau tuan ceritakan saya, Boleh saya pergi nanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga dibawa dari Deli, Kembang tengah tiga cabang; Tuan jual saya beli, Kalau tidak saya menumpang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Beras dibawa dalam negeri, Anak udang dalam perahu; Emas perak boleh diuji, Hati orang siapa tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Banyak bantuan dibawa MERPATI, Doktor Haryati ketua rombingan; Sukarelawan datang silih berganti, Datang merawat mangsa kemalangan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
Air tenang dibawa belayar, Ketika balik jaring direntang; Hati bercabang dada berdebar, Menengok adik dijeling orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalaulah labu dibawa bermain, Di manakah sempat lagi dipetik; Kalau rindu pada yang lain, Di manakah sempat bersua adik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tudung saji dibawa orang, Kerana banyak kuih juadah; Untung sekali kakanda datang, Bila tidak kasih berpindah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sudahlah kacip dibawa orang, Sirih yang ada tidak berkapur; Sudahlah nasib celaka malang, Kekasih disapa tidak menegur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Siapa lagi dibawa berjalan, Hujan lebat membasah bumi; Ke mana lagi membawa badan, Tuan tak ingat kepada kami. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hanyutlah padi dibawa arus, Kerana talinya tidak berikat; Hanyutlah hati nyawa pun putus, Kerana kekasih tak mahu dekat. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |