Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibayar

Puisi
 

Pisang emas bawa belayar,
     Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
     Hutang budi dibawa mati.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kecil hutang diansur,
     habis hutang dibayar.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu pekerjaan yang besar dan berat jika diansur-ansur mengerjakannya nescaya akan berkurang, apa lagi kalau dapat disudahkan sekali gus.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Orang beradat bertanggungjawab, Hutang dibayar beban dipikul; Membuang adat hidup kan gelap, Malangnya besar akal pun tumpul.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apabila cukup bilangan hari, Bila berjanji wajib dibayar; Apabila hidup bersuami isteri, Laba dan rugi tetap bersabar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bila cukup bilangan hari, Hutang-piutang tentu dibayar; Bila hidup tahukan diri, Pantang larang tentu didengar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Yang lemang dibakar, Yang ubi diparut; Yang hutang dibayar, Yang janji diturut.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bawa belayar pisang emas, Masak sebiji di atas peti; Boleh dibayar hutanglah emas, Hutang budi dibawa mati.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Apabila ladang tidak dibakar, Manakan dapat menugal padi; Apabila hutang tidak dibayar, Nama cacat terjuallah diri.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila ladang tidak dibakar, Hujan turun rumput berkembang; Apabila hutang tidak dibayar, Turun-temurun disebut orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila ladang tidak dibakar, Bekerja penat hasil tak ada; Apabila hutang tidak dibayar, Dunia akhirat badan terhina.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pisang emas bawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Pisang emas bawa belayar, Diletak budak di atas peti; Hutang emas dapat dibayar, Hutang budi dibawa mati.Kurik Kundi Merah SagaBudi
12

Kembali ke atas