| Kayu api dibelah-belah, Dibelah orang dengan parang; Hidup di dunia serba salah, Datang ke sini dikata orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Dibelah dua diambil pati, Campur dengan bunga raya; Telah kutemui pencarian sejati, Cintai Allah yang maha kaya. | Pantun Melayu Sarawak | Perantau |
| Buku tebu dibelah-belah Dapat gula dibuat juadah; Buka buku baca sejarah, Siapakah pendatang di bumi bertuah? | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Buku tebu dibelah-belah Air ditadah penuh-penuh; Buka buku baca sejarah, Adakah Melayu kasta penceroboh? | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Buku tebu dibelah-belah, Hampas dibuang merata-rata; Buka buku baca sejarah, Adakah Melayu penghianat pendusta? | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Buku tebu dibelah-belah, Hidangan manis orang Cina; Buka buku baca sejarah, Adakah tertulis Melayu terhina? | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Masak sebutir dibelah-belah, Acang dan kain dibasahkan; Sudah takdir kehendak Allah, Orang lain jangan disalahkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Dapat semangka dibelah-belah, Lazat dimakan ketika panas; Teringat adinda hatiku gundah, Surat kukirim tiada berbalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Asam rumbia dibelah-belah, Buah separah dalam raga; Dunia ikut firman Allah, Akhirat juga mendapat syurga. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Buah durian dibelah dua, Mari kutaruh di dalam upih; Orang perempuan bersanggul dua, Kalau bercakap terlalu lebih. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |