Diberi tiang kecil dan besar, Diikat tali muka belakang; Hati lapang adil dan benar, Adat diisi lembaga dituang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang Kampar mencari ikan, Orang Akit mencari sepang; Yang lapar diberi makan, Yang sempit diberi berlapang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Waktu senja diberi makan, Bertelur sebiji di kebun Pak Tani; Masa remaja disia-siakan, Berhibur ke sana berhibur ke sini. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Ujung tiang diberi simpai, Elok caranya tiangkan kuat; Untung malang menjadi lebai, Pendek doanya orang mengumpat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ujung tiang diberi tanggam, Pecah sedikit tiangnya miring; Untung malang menjadi imam, Salah sedikit orang pun bising. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Besar puntung diberi minyak, Nyala api terdungak-dungak; Besar untung berbini banyak, Ke mana pergi rata membengkak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sejak ubi diberi bergula, Manis melekat hila disayur; Sejak babi jadi kepala, Habislah umat kena sungkur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Pisau peraut diberi berhulu, Hulu pisau berkarangan; Pergi ke laut abang dahulu, Selagi pulau berlarangan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Taji ayam diberi bulang, Dibawa oleh anak penyabung; Kami memendam kasih sayang, Bila boleh hendak kusanjung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Lubang angin diberi kain, Supaya indah dipandang mata; Abang menhadap pada yang lain, Manalah mungkin hampa menyapa | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |