Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibuang

Puisi
 

Duri dibuang sakit pun hilang,
     Duri dibuang di dalam raga;
Adik hendak mengikut abang,
     Boleh adik bersuka ria.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Digantung tinggi,
     dibuang jauh.

Bermaksud :

Tidak berkuasa sedikit jua; lemah sekali.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Pantun

PantunSumberTema
Belayar dari Mengurung, Patah tiang layang-layangan; Sudah mendapat bunga tempisung, Akan dibuang sayang-sayangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil kerusi dalam puan, Alun-alun tepi jeraya; Sampai hati kakanda tuan, Dibuang lalu kepada saya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beribu biji nangkaku, Cincin permata jatuh ke ruang; Kalau rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung serindit terbang merindit, Lalu singgah di dalam mengkuang; Kalau rindu pesan kubalik, Air mata jangan dibuang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buluh perindu dipukul ribut, Jatuh mari di dalam mengkuang; Kalau rindu nama disebut, Air mata jangan dibuang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beribu-ribu biji nangkaku, Cincin permata jatuh ke gaung; Kalaulah rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak biji buah nangkaku, Intan permata jatuh di lubang; Dendam rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas