Bunga kalas dibubuh baja, Dipetik oleh mem Serani; Tidak terbalas budi kakanda, Berapa jauh datang ke sini. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Cik Siti menjual nangka, Dibubuh mari di dalam raga; Haram sekali tak kusangka, Ular lidi membunuh naga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Asam belimbing di dalam belanga, Dibubuh garam buat jeruk; Berputik dahulu baru berbunga, Buahnya jarang dimakan budak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Halia dibungkus dengan kain, Hendak dibubuh dalam raga; Boleh saya cari yang lain, Tapi tak dapat seperti dia. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga tanjung putih berseri, Ambil dibubuh dalam puan; Rumah saya tuan tak mahu pergi, Boleh kita jumpa di jalan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Gok-gok minum di kendi, Dalam kendi dibubuh bunga; Saya teruk kerana budi, Dalam budi saya terkena. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Budak-budak menahan taut, Joran dicacak di tepi kolam; Asal ikan tempat di laut, Kenapa masak dibubuh garam? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |