Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ulat (kata nama)
Bersinonim dengan berengga, olong-olong, larva, beluncas, ulat bulu;,
Kata Terbitan : berulat,

Puisi
 

Sakit gigi dimakan ulat,
     Tinggal sebatang dua batang;
Tuan benci aku meluat,
     Tuan kasih aku sayang.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Seperti ulat lupakan daun.

Bermaksud :

Melupakan kebaikan orang kepadanya.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pantun

PantunSumberTema
Ulat bukan sebarang ulat, Ulat tahi di bawah jamban; Umpat bukan sebarang umpat, Diumpat bini bawa berjalan.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ulat bukan sebarang ulat, Ulat sutera gunanya banyak; Umpat bukan sebarang umpat, Diumpat mentua telinga pekak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pucuk kemiri dimakan ulat, Ulat bernama ulat bulu; Buruk negeri lupakan adat, Adat berguna dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pucuk kemiri dimakan ulat, Ulat menjalar memakan buahnya; Buruk negeri lupakan adat, Tabiat kasar menyeman tingkahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terbuang kayu dimakan ulat, Ulat makan batang berlubang; Terbuang Melayu lupakan adat, Adat terlupa bala yang datang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Anak ulat mati dipukul, Anak tapah selam -menyelam; Yang benar akan timbul, Yang salah akan tenggelam.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Baik ulat elok batangnya, Elok batang eloklah kayu; Baik adat elok orangnya, Elok orang eloklah laku.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buah nangka dimakan ulat, Belum masak sudah membusuk; Sudah lama kukirimkan surat, Belum nampak dinda menjenguk.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pucuk kemiri dimakan ulat, Bila dikerat kuncupnya mati; Buruk negeri lupakan adat, Dunia akhirat hidup merugi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pucuk kemiri dimakan ulat, Bila terbiar barangnya mati; Buruk negeri lupakan adat, Gila bertengkar petang dan pagi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12345

Kembali ke atas