Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata did arab

Puisi
 

Orang Arab pergi Makasar,
     Jalan kaki Kampung Cik Tahir;
Jangan harap taukeh di pasar,
     Garam sekati curi setahil.


Lihat selanjutnya...(14)

Pantun

PantunSumberTema
Orang Arab pulang ke Arab, Pakai sepatu berderap-derap; Burung terbang jangan diharap, Kalau tiada si getah terap.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Perahu Arab berjaja malau, Singgah ke Daik membeli Iada; Bahu berkurap dada berpanau, Nasibnya baik berlaki buta.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Perahu Arab berisi jadam, Kena badai rosak tiangnya; Dahulu akrab kini berdendam, Kerana bercerai talak tiga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Orang Arab pergi Makasar, Jalan kaki Kampung Cik Tahir; Jangan harap taukeh di pasar, Garam sekati curi setahil.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Orang Arab pulang ke Jeddah, Datang ke Jeddah menanam sagu; Harap kami bukan mudah, Laksana tebu menjadi kayu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Anak Arab lalu sekawan, Singgah berhenti pohon gaharu; Jangan harap cahaya bulan, Bulan tidak terang selalu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Raja Arab turun ke Acheh, Singgah di Jawa bertanam serai; Apa diharap hati yang kasih, Badan dan nyawa lagikan tercerai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang Arab pulang ke Jeddah, Sarat bermuat si langit-langit; Harap saya bukannya mudah, Seberat bumi dengan langit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang Arab pulang ke Acheh, Sampai ke Acheh menanam serai; Jangan diharap hati yang kasih, Badan dan nyawa lagi bercerai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang Arab minum serbat, Kalau tak manis ditambah gula; Bolehlah abang tolong mengubat, Kalaulah adik mengikut kata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas