Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata didaki

Puisi
 

Kalau tuan mendaki bukit,
     Bukit didaki terlalu tinggi;
Sungguh cantik bulan terbit,
     Ada bintang baru berseri.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Ke bukit sama didaki,
     ke laut sama direnangi;
adat tiada bertukar,
     rahsia tidak berubah.

Bermaksud :

Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat diceraikan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Bukit tinggi didaki orang, Tiba di puncak badan pun letih; Sakit hati bukan sebarang, Cinta ditolak pupuslah kasih.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tinggi bukit boleh didaki, Lurah dalam berpaya-paya; Orang berkelit boleh dinanti, Orang tak hendak apakan daya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tinggi bukit boleh didaki, Air dalam berkala-kala; Orang molek boleh dinanti, Orang tak mahu apakan daya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak orang mendaki bukit, Bukit didaki tergesa-gesa; Banyak orang mencari duit, Duit dicari badan binasa.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau tuan mendaki bukit, Bukit didaki terlalu tinggi; Sungguh cantik bulan terbit, Ada bintang baru berseri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sedangkan burung dicari orang, Apatah lagi pipit di sawah; Sedangkan gunung didaki orang, Apatah lagi bukit nan rendah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Duduk termenung mengusap kaki, Lama duduk hingga ke senja; Kalau gunung hendak didaki, Teguhkan tekad bersemangat waja.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tanam papaya tumbuh langsat, Dililit kangkung bertali-tali; Seribu daya kalau berhajat, Gunung tinggi papah didaki.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sedang keranjang lagi tak penuh, Kononkan sumpit nak diisi; Turun dijenjang lagi mengeluh, Kononkan bukit kan didaki.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas