Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diikat

Puisi
 

Bagaimana tidak diikat,
     Kain batik sama sujinya;
Bagaimana tidak diingat,
     Orang baik bahasa budinya.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Seperti sapu diikat dengan benang sutera.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Perahu papan bermuat intan, c. Permata lekat di pangkur, d. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera).

 

Lihat selanjutnya...(7)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Buah diikat dengan tali, Disimpandalam raga meranti; Buat jahat jangan sekali, Dimaki orang sampai ke mati.Pantun Melayu SarawakNasihat
Mari diikat akar selawar, Daun pandan si mati layu; Adik kata abang yang tawar, Abang dagang yatim piatu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Ujung tiang diikat besi, Supaya tidak dimakan rayap; Untung malang menjadi laki, Telinga pekak badan berkurap.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana tidak diikat, Kain batik sama sujinya; Bagaimana tidak diingat, Orang baik bahasa budinya.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Kalau dapat diikat-ikat, Ikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Mata melihat hati mengenang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tali sudah diikat, Sebaiknya pula disimpul mati; Kalau hati sudah terpikat, Baik buruknya semua dinanti.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kain dibeli lalu diikat, Beli di bandar Kuala Lumpur; Inilah juga tanda muafakat, Saya membawa sirih sekapur.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Apa dirisau abang diikat, Oleh membeli jeragan keli; Sudah hati adik terpikat, Jahat abang tidak peduli.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Taji ayam sudah dibulang, Diikat benang sebelah kiri; Hari malam mata terbuntang, Teringat tunang sudah berlaki.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak kuda berlari-lari, Diikat tali lipat-berlipat; Banyak harta dapat dicari, Sahabat sejati payah didapatKhazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
1234

Kembali ke atas