Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diikut

Puisi
 

Minum kopi tidak bergula,
     Pahit-pahit diminum juak;
Kalau hati bersama cinta,
     Baiklah baik diikut juak.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Kalau sekali mencari pantau, Jangan diikut jalan darat; Kalau sekali pergi merantau, Jangan takut badan melarat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Taat anak ke ibu bapak, Amanah dipegang pesan diikut; Adat tegak tuahnya nampak, Ke mana melenggang tiada sangkut.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Angin ribut bertambah ribut, Banyaklah kapal patah kemudi; Ingin diikut belumlah patut, Hendak ditinggal tak sampai hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kain sarung pakaian pemuda, Pergi mengaji di waktu pagi; Jangan diikut perangai Belanda, Diberi satu minta lagi.Pantun Melayu SarawakNasihat
Berangan digulai nyiur dikukur, Ambil pandan di Munggu Kubur; Jangan diikut perangai tak syukur, Akhirnya nanti jadi takbur.Pantun Melayu SarawakAgama
Helang laut helang jambangan, Helang di darat mematuk padi; Kalau diikut mata timbangan, Sama berat baru menjadi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Bukan mudah orang berhelat, Helat menjemput orang ramai; Bukan mudah memegang adat, Adat diikut dengan perangai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Minum kopi tidak bergula, Pahit-pahit diminum juak; Kalau hati bersama cinta, Baiklah baik diikut juak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hendaklah minum tidak bergula, Pahitlah pahit diminum juga; Sudahlah hati bersama suka, Baiklah baik diikut juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa guna melompat pagar, Bila kaki awak tersangkut; Apa guna bercakap besar; Bila janji tidak diikut.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas