Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diingat

Puisi
 

Apa guna pokok pinang,
     Daun hijau kuning padi;
Apa diingat apa dikenang,
     Gunung dikejar tidakkan lari.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Menggaru luka lama.

Bermaksud :

Perselisihan yang sudah lama selesai kalau diingat-ingatkan kembali akan berbangkit semula.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Kata tua kata hikmat, Hikmat diingat besar pahala; Hina bangsa gila hormat, Hormat membuat besar kepala.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apabila cukup bilangan hari, Janji sampai hutang diingat; Apabila hidup bersuami isteri, Kasihnya sampai ke liang lahad.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kata adat membilang petuah, Petuah dibilang untuk diingat; Lupa adat hilanglah maruah, Maruah hilang buruklah umat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bagaimana tidak diikat, Kain batik sama sujinya; Bagaimana tidak diingat, Orang baik bahasa budinya.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Apa guna pokok pinang, Daun hijau kuning padi; Apa diingat apa dikenang, Gunung dikejar tidakkan lari.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Bunga melati di dalam taman, Penyeri rumah dalam puan; Budi diingat sepanjang zaman, Nama terpahat di tugu pahlawan.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Masak buah jambu, Masak jangan lalu; Susah payah ibu, Tetap diingat selalu.Pantun Melayu SarawakNasihat
Banyaklah rusa dijerat orang, Rusa bermain jadi rebutan; Banyaklah jasa diingat orang, Jasa pemimpin jadi rebutan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Layang-layang bertali benang, Benang tersangkut di dalam jati; Jangan diingat jangan dikenang, Hancur luluh di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang Daik pergi menjala, Dapat udang dipanggang saja; Orang baik hatinya mulia, Diingat orang sepanjang masa.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
123

Kembali ke atas