| Berangan diisi dalam timba, Pauh rambutan tepi perigi, Jangan mimpi gagak di rimba, Jatuh rambut tidak bergigi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Berangan diisi dalam timba, Pauh tumbang di Pangkalan Sapi; Jangan mimpi gagak di rimba, Jauh panggang dari api. null null null null | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
| Adat diisi lembaga dituang, Tidak beremas bungkal diasah; Kuat negeri kerana undang, Adat lepas akal menyalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Jika cawan diisi nira, Isi bersama buah bidara; Jika tuan wira Negara, Genggam teguh tiang bendera. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Pingganlah pesuk diisi juga, Baru diangkat pecah berderai; Badanlah bongkok berbini muda, Baru mendekat sudah terkulai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Andainya ketupat sudah diisi, Cepat-cepat menjerang kawah; Andainya pangkat sudah tinggi, Ingat-ingat orang di bawah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Bakul ketiding nampaknya besar, Diisi segantang manakan penuh; Kupikul kasih dada terbakar, Hendak dibuang hatiku luluh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Sayangnya pinggan sudahnya retak, Diisi minyak pecah berderai; Sayang tuan berkepala botak, Kuberi minyak tiada terpakai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Yang pelita ada isinya, Diisi minyak setiap hari; Yang cinta ada janjinya, Janji setia sehidup semati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Sungguh bertuah kuali tembuk, Banyak diisi takkan melimpah; Sungguh bertuah berlaku gemuk, Diajak berkelahi tegak pun susah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |