Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dijaga

Puisi
 

Sirih cina dari China,
     Apa ditunggu apa dijaga;
Saja rupa tidak bena,
     Di dalam hati tak akan lupa.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Ternak bergembala,
     parak berpagar.

Bermaksud :

Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Apabila bertanak tidak dijaga, Kalau tak mentah tentulah hangus; Apabila beranak tidak dibela, Kalau tak susah tentu memupus.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Patuh Melayu kepada amanah, Amanah dijaga hidup dan mati; Senonoh laku terpelihara sumpah, Sumpah bertakhta di dalam hati.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat bini setia ke laki, Laki dijaga anak diasuh; Adat berdiri sempurna budi, Budi mulia akhlak senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Walaupun perahu mulai lapuk, Kerana berguna dijaga orang; Walaupun menantu bagaikan beruk, Kerana kaya mentuanya sayang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ubah bukan sebarang ubah, Mengubah diri dijaga-jaga; Upah bukan sebarang upah, Mengupah bini dimanja-manja.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pagi-pagi buat senaman, Kesihatan badan mesti dijaga; Kelapa sawit bari ditanam, Promosi dagangan sudah ditaja.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Bukan mudah berladang darat, Hingga menuai padi dijaga; Bukan mudah memegang adat, Bila lalai diri tercela.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sirih cina dari China, Apa ditunggu apa dijaga; Saja rupa tidak bena, Di dalam hati tak akan lupa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Besarlah biji si buah bacang, Bila ditanam patut dijaga; Biarpun mati difitnah orang, Cinta kupendam berlanjut juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sifat keluarga berkasih sayang, Hidup bersama selalu rukun; Adat dijaga budi terbilang, Hidup ternama laju penyantun.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
1234

Kembali ke atas