Bukan mudah orang berhelat, Kaum kerabat harus dijemput; Bukan mudah memegang adat, Hukum muafakat harus diikut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau helat hendak ramai, Sebelum berhelat orang dijemput; Kalau adat hendak dipakai, Hukum diingat undang diikut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau helat hendak ramai, Handai taulan semua dijemput; Kalau adat hendak dipakai, Pakai sepadan pada yang patut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau meraut batang buluh, Siapkan lidi buang miangnya; Kalau dijemput orang yang jauh, Siapkan nasi dengan hidangannya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kerana terhempas padanya tanah, Lalu terhempas padanya pagar; Tuan dijemput naik ke rumah, Serta pula duduknya ke tikar. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sayang Cik Mamat pergi menuba, Ikan dituba habis mati; Orang dijemput sudahlah tiba, Riuh-rendah orang menanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Limau purut si limau manis, Sebatang tumbuh di tepi rawa; Kalau dijemput dengan manis, Orang datang dengan tertawa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Mengetam padi dalam jerami, Angkut-angkut dalam almari; Kerana sudi akan kami, Bila dijemput datang ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Walaupun kaki berasa kejang, Kerana petang berebut pergi; Walaupun laki sudah membujang, Kerana sayang dijemput lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sungguh sedap meratah bertih, Sedap sehari lembut dimakan; Sungguh sedap berkopiah putih, Setiap hari dijemput makan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |