Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dijolok

Puisi
 

Apa dijolok buah kundang,
     Isinya putih manisnya tidak;
Apa dirajuk kepada orang,
     Entah kasih entahkan tidak.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Sarang tabuhan jangan dijolok.

Bermaksud :

Jangan sengaja mencari kesusahan. (Bandingkan dengan: a. Mengusik anjing tidur, b. Menjolok sarang tabuan).

 

Lihat selanjutnya...(4)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Apa dijolok buah kundang, Isinya putih manisnya tidak; Apa dirajuk kepada orang, Entah kasih entahkan tidak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sarang bubut di dalam bunga, Dijolok mari sama pungkahnya; Mati merumput mentimunku berbunga, Sudah dijolok orang empunya,Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Limau manis masak sebatang, Hendak dijolok tak ada galah; Risau hati hendak bertandang, Ke mana duduk rasa gelabah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pokok pauh dahannya rendang, Buah mengkudu dijolok nyonya; Adik jauh memang dikenang, Hati rindu apa ubatnya?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Masak sudah asam paya, Tidak boleh dijolok lagi; Rosak sudah badan saya, Tidak boleh dipujuk lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Odak-odak Pulau Kuraman, Tempat burung singgah berhenti; Hendak dijolok bunga di taman, Belumlah dapat belum berhenti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Datang sudah kapal suluk, Singgah merapat Sandakan; Berapa tinggi bunga dijolok, Baik budi mendapatkan.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Orang mengail tepi teluk, Dapat seekor ikan tenggiri; Jangan gegar jangan dijolok, Biar masak gugur sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Anak Cina memasang colok, Pergi ke pasar membeli pari; Jangan gegar jangan dijolok, Kerana buah muda lagi.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ikan haruan di dalam lubuk, Helang pekaka hinggap di dahan; Sarang tebuan jangan dijolok, Lebam muka celaka badan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas