Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dijunjung

Puisi
 

Kalau tidak bunga di Tanjung,
     Bila beringin ke Tasik Kembang;
Kalau tidak intan dijunjung,
     Saya tidak ingin kepada orang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai kambing dijunjung.

Bermaksud :

Jerit pekik orang yang penakut.

 

Lihat selanjutnya...(7)

501

When in Rome, do as the Romans do

Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do!

Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung !

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Alim nampak kepada rupa, Alim dijunjung sampai tua; Yatim anak tiada berbapa, Yatim kampung tiada bertua.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Terbang tempua membumbung tinggi, Terbang geroda melengkok pagar; Orang nan tua dijunjung tinggi, Orang nan muda ditunjuk ajar.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Petang-petang mengutip kangkung, Sudah dipetik dibawa pulang; Sungguh udang tahi dijunjung, Besar nama dari belukang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Pergi memajak tanah di anjung, Uni menjadi ambil buahnya; Bumi dipijak langit dijunjung, Sebiji padi emas padahnya.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kalau tidak bunga di Tanjung, Bila beringin ke Tasik Kembang; Kalau tidak intan dijunjung, Saya tidak ingin kepada orang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Debu berdebuk labu bercampak, Kelit berkelit tanlung lentera; Seburuk-buruk ibu dan bapak, Wajib dijunjung dan dipelihara.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sifat keluarga berkasih sayang, Sama serumah tolong-menolong; Adat dijaga budi terbilang, Petua amanah sama dijunjung.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang perahu didayung; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang malu dijunjung.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang ombak menggulung; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang syarak dijunjung.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Daging punai dalam dulang, Kasi makan Datuk Temenggung; Jangan bawa resmi udang, Ekor berdetik tahi dijunjung.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
12

Kembali ke atas