Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan budi senonoh; Elok akhlak nama terpandang, Sepanjang zaman menjadi contoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan laku pekerti; Elok akhlak nama terpandang, Sebarang kerja tentu menjadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan iman dan takwa; Elok akhlak nama terpandang, Senanglah badan di hari tua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan petuah amanah; Elok akhlak nama terpandang, Orang segan maruah bertambah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan adat lembaga; Elok akhlak nama terpandang, Dikenang orang sepanjang masa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok anak kerana dipandang, Dikandang dengan tunjuk dan ajar; Elok akhlak nama terpandang, Lapanglah jalan duduk pun benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau hendak memikat kedidi, Anak beruk mari dikandang; Kalau ikhlas hendak berbudi, Helah jangan ke lain menyimpang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Orang berbendang kita berbendang, Tapi tak boleh bekerja awal; Kerbau sekandang boleh dikandang, Manusia seorang tiada terkawal. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |