Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikarang

Puisi
 

Bismilah mula dikarang,
     Syairlah pantun sajanya kurang;
Laksana kainlah jarang,
     Tidak boleh dibagi orang.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Tidak kekal bunga dikarang.

Bermaksud :

Kekayaan (kemuliaan, persahabatan) sewaktu-waktu akan hilang.

 

Lihat selanjutnya...(3)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Bunga dikarang bunga sena, Kukur kelapa buat laksa; Doa rakyat telah terlaksana, Syukur kepada yang maha kuasa.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Arang baru dikarang, Masak ikan parang; Orang suka temberang, Macam kera sumbang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Awal mula dikarang, Pantun Melayu anak Semarang; Jika tidak belacu jarang, Sumpit gandum dipakai orang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Bismilah mula dikarang, Syairlah pantun sajanya kurang; Laksana kainlah jarang, Tidak boleh dibagi orang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Gugur melati bunga dikarang, Kumbang mencari ke mana-mana; Hancurlah hati hamba sekarang, Orang membenci apakan daya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sudah reka baru dikarang, Ikan di laut ibarat bakorang; Dari dahulu sampai sekarang, Budi tuan diingatkan orang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Bunga tanjung dari utara, Dikarang bersama bunga kenanga; Bagaimana hati tak gila, Makan tidur rasa tak lena.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Seri Mersing lagu Melayu, Mari dikarang zaman dahulu; Duduk termenung menongkat dagu, Mengenang nasib dagang piatu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Bunga telur bertekat-tekat, Mari dikarang berikat-ikat; Adik duduk tersimpuh rapat, Abang akan duduk dekat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ketika panas jemurkan jala, Bunga Rafflesia dikarang jangan; Ketika Aceh ditimpa bala, Malaysia segera memberi pertolongan.Pantun Melayu SarawakRampai Tsunami
12

Kembali ke atas