| Anak Melayu belayar pagi, Nampak angin menentang pelangi; Bunga layu jangan dikeji, Sungguh layu baunya wangi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Bismillah mengepal nasi, Nasi mentah dikepal jangan; Bismillah memulakan nyanyi, Nyanyi salah dikeji jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Apabila sudah mahu ke ladang, Usah lagi menyambal belacan; Apabila sudah membantu orang, Usah dikeji disesal-sesalkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Bukan mudah orang berhelat, Mahu bersusah tahan merugi; Bukan mudah memegang adat, Mahu mengalah tahan dikeji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Orang memukat pagi dan petang, Tak sempat pagi memukat malam; Orang beradat berhati lapang, Diumpat dikeji tidak mendendam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Cekak manis makanan sotong, Sotong nak mati ditimpa ruang; Tarik nafas tergantung-gantung, Terkenang diri dikeji orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Dari Melaka pergi ke Pahang, Singgah ke Johor beli berangan; Saya mengucap selamat datang, Jikalau salah dikeji jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Banyak tumbuh pohon di sini, Encik Anjang orang berbudi; Silalah makan hidangan ini, Mana yang kurang jangan dikeji. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |