Burung jelatik burung jeladan, Terbang bersama burung merpati; Dikira cantik dikira padan, Sayang tidak sama sehati. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Tidak dapat dikira-kira, Air mata jatuh segera; Karam di laut angin di udara, Karam di hati kerana cinta. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Abang takut melihat belalai, Ikut jangan dikira-kira; Abang takut kita terlalai, Lambat-laun jadi sengsara. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Menimbang sama kanan dan kiri, Sama disukat sama dikira; Kurang menambah lebih memberi, Sama mendapat rugi dan laba. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Pagi petang menjunjung cerek, Hendak diminum airnya pahit; Gigi panjang hidungnya pesek, Hendak mencium dikira menggigit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak kuda tegak meringkik, Kaki belakangnya kena bisul; Awak buta berlagak celik, Tahi dipegang dikira dodol. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Burung putih burung undan, Bernyanyi-nyanyi sungguh mesra; Buah masih di ujunh tandan, Untung rugi sudah dikira. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Sejuk bayu di kala senja, Ramah membelai si anak dara; Pujuk rayu makan semeja, Tanah digadai faedah dikira. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Pandai tembak si anak Deli, Dapat seekor si burung pega; Orang menjual kita membeli, Berapa harga jangan dikira. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |