Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikutuk


Pantun

PantunSumberTema
Jangan direndam buah delima, Kalau direndam lapuklali dahan; Jangan ditentang petua ulama, Kalau ditentang dikutuk Tuhan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Adat Melayu pantang mendengki, Orang pendengki hidup gelisah; Jahatlah laku orang pengeji, Orang pengeji dikutuk Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apabila mata sudah rabun, Dibawa lari masuk pelubang; Apabila bicara lidah beracun, Ke mana pergi dikutuk orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Taat umat memegang adat, Ke mana duduk tidak terbuang; Sifat jahat dibuang cepat, Supaya tidak dikutuk orang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bukan mudah berladang sawah, Bila tak subur teruklah tulang; Bukan mudah memegang sumpah, Bila tak jujur dikutuk orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Andainya tidak memakai baju, Aiblah diri masuk ke helat; Andainya akhlak bagaikan hantu, Hidup dan mati dikutuk umat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Anak musang berjalan malam, Bila terlambat induknya marah; Sejak bujang makan yang haram, Bila tak taubat dikutuk Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila musang sudah keluar, Ayam pun lari masuk ke kandang; Apabila orang berkata ingkar, Karamlah diri dikutuk orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas