Pasir Raja diletak papan, Kuala Jengal diletak besi; Pasir Raja tempat mencari makan, Kuala Jengal tempat mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bingka diletak dalam talam, Buat jamuan Dato Penghulu; Jika rindu kukirim salam, Kubisik rindu di angin lalu. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Pisang emas bawa belayar, Diletak budak di atas peti; Hutang emas dapat dibayar, Hutang budi dibawa mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Sedap sungguhbunga gatang, Jangan diletak atas gelegar; Bukanlah datang sebarang datang, Datang membawa hajat yang besar. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Disusun padan bunga anggerik, Mahu diletak di pintu puan; Dipilih padan dipilih cantik, Baru jadi menantu tuan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Patah gelang dalam puan, Puan diletak lilin sebatang; Sungguh malang nasibmu tuan, Tiada kawan datang bertandang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Bawa balik daun beringin, Mari diletak di atas tangga; Sudah nasib begini badan, Sudah jatuh ditimpa tangga. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Potong senduduk berbelah-belah, Mari diletak di dalam pinggan; Telunjuk saya diberi Allah, Suruh mencelup kapur intan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sapu tangan berkaki merah, Kakinya diletak dalam perahu; Luka di tangan berdarah merah, Luka di hati tak dapat nak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Asam paya tepi perigi, Mari diletak di kayu jati; Jangan percaya mulut lelaki, Berani bersumpah takut ke mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |