Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dilihat

Puisi
 

Asam kandis mari dihiris,
     Manis sekali rasa isinya;
Dilihat manis dipandang manis,
     Lebih manis hati budinya.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Dilihat galas berlaba,
     dihitung pokok termakan.

Bermaksud :

Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibilang genap, dipapar ganjil).

 

Lihat selanjutnya...(16)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Dilihat orang indah dan permai, Besar dan kecil berbau wangi; Adat dibilang sudahlah sampai, Benar dan adil di situ berdiri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pulau Papan lampung berpusing, Dilihat mari Pulau Labuan; Berapa lama pusing keliling, Baru berjumpa kepada tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga sekuntum di dalam taman, Dilihat orang indah dan permai; Assalamualaikum puan dan tuan, Adat dibilang sudahlah sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau mata sudah jernih, Tentu nyawa benda dilihat; Kalau cinta sudah berbenih, Beribu daya akan kubuat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Asam kandis mari dihiris, Manis sekali rasa isinya; Dilihat manis dipandang manis, Lebih manis hati budinya.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Sayang Simanggang dipukul ribut, Dipukul dia tebing seberang; Dulu dilihat dapat direbut, Sekarang abang kekasih orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang mati burung berjambul, Mari hinggap di anak tangga; Dilihat isteri melepas sanggul, Sanggullah kecil bersolek bunga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukit Putus berkeluang, Direndang jagung dihangusi; Hukum putus badan terbuang, Dilihat kampung ditangisi.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Singapura negeri selat, Selat bernama Johor Bahru; Pura-pura tidak dilihat, Tapi hati bagai digaru.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pucuk panggang digigit liat, Kelekati dalam perahu; Halus pandang boleh dilihat, Halus di hati siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas