Padi muda jangan dilurut, Kalau dilurut patah batangnya; Hati muda jangan diturut, Kalau diturut susah datangnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tangkai dilurut jangan mematah, Satu terkerat semuanya layu; Sesuai menurut Quran dan sunah, Di situlah tempat tuah Melayu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Jangan dilurut padi muda, Padi muda dibawa ke barat; Jangan diturut hati muda, Hati muda membawa larat. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Jika dilurut padi yang ini, Ke barat juga condong buahnya; Jika diturut hatiku ini, Melarat juga akan sudahnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jika dilurut padi manila, Buah rontok menjadi sambang; Kalau kuturut hati nan suka,suka/ikut Hujunglah hujung mengikut pulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang selasih biji dilurut, Pisang embun masak ditutuh; Hilang kasih tempat berpaut, Manalah rimbun tumpang berteduh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Limau purut batang berduri, Mari dilurut hujung tambak; Kalau tuan menjauh diri, Biar saya mati berombak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Besar dan kecil berbau wangi, Tangkai dilurut jangan mematah; Benar dan adil di situ berdiri, Sesuai menurut Quran dan sunah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sungguh beruntung berambut panjang, Rambut dapat dilurut-lurut; Sungguh beruntung berjanggut panjang, Janggut dapat diurut-urut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Padi Jawa ditaburlah orang, Padi muda dilurut juga; Beri sepuluh orang melarang, Hati muda diturut juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |