Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ma.bu/] | دمابوق

Definisi : diganggu atau terganggu oleh se­suatu (fikiran dll): kerana telah banyak sangat ~ asmara, pekerjaan Mansor mulai kelihatan mundur; ~ angan-angan gelisah hati (kerana sangat memikirkan sesuatu dll); ~ bayang-bayang mengalami cinta yg tidak berbalas; ~ nasib berasa sangat sedih kerana memikirkan nasib­nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dimabuk

Juga ditemukan dalam:

Peribahasa

Dirintang siamang berbuai.

Bermaksud :

Asyikkan sesuatu yang tidak ada gunanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Dilengah [= dimabuk] beruk berayun).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau sudah dimabuk pinang, Daripada ke mulut biar ke hati; Kalau sudah masuk gelanggang, Daripada surut biarlah mati.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bila orang duduk berguru, Walaupun senja tidak terasa; Apabila abang dimabuk rindu, Hamba pun gila dimabuk cinta.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah kundur busuk semua, Kerana diusik oleh belalang; Habislah umur dimabuk cinta, Kerana adik tak mahu datang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ulam bukan sebarang ulam, Ulamnya pucuk pohon sempaya; Demam bukan sebarang demam, Demam dimabuk rayuan adinda.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman kini semua berhitung; Makan bukan sebarang makan, Makan hati dimabuk cinta.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tasik serai namanya dulu, Kini disebut lubuk pusaka; Adik pandai membujuk rayu, Hatiku hanyut dimabuk cinta.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jangan asyik menjala malam, Hari siang kantuklah mata; Jangan adik bermuka masam, Kami datang dimabuk cinta.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas