Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dimakan

Puisi
 

Buah pedada dimakan kera,
     Jatuh ke pantai dimakan tupai;
Kalau hayatku salah ada,
     Sudilah juak bunga terpakai.


Lihat selanjutnya...(107)
Peribahasa

Dimakan mati emak,
     diluahkan mati bapa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(47)

50

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit . Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Yang dimakan berisi, Yang dibuang berhampas; Yang beriman terpuji, Yang garang melengas.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Belum dimakan jangan dijamah, Di atas meja hidangan juadah; Beralih kain di balik rumah, Beralih cakap di balik lidah.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Buah padi dimakan puyuh, Beras tidak dalam gantang; Bagaimana kami tidak mengeluh, Sawah padi tinggal sekangkang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Buah cempedak dimakan ungka, Dapat seulas tidak berbiji; Sudah retak menahan duka, Abang tak belas·kepada kami.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah nangka dimakan burung, Busuk tidak berguna lagi; Sudah lama badan terkurung, Abang tidak bersua lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah nangka dimakan ulat, Belum masak sudah membusuk; Sudah lama kukirimkan surat, Belum nampak dinda menjenguk.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah nangka dimakan ungka, Belum masak sudah berulat; Puas sudah menahan cinta, Eloklah kita menikah cepat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah nangka dimakan musang, Jatuh sebiji menimpa dahan; Sudah lama badan terbuang, Menunggu janji binasa badan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Biji delima-dimakan orang, Rasanya kelat bercampur masam; Hati merana bukan kepalang, Dinda kuingat siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pucuk kemiri dimakan ulat, Bila dikerat kuncupnya mati; Buruk negeri lupakan adat, Dunia akhirat hidup merugi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12345678910...

Kembali ke atas