Negeri Perlis bandaraya Kangar, Pasar jaja ikan pelotan; Dinda tak nampak tetapi dengar, Tentu sahaja kerja syaitan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Biji nangka jangan dibuang, Bila dibuang akan merugi; Hati dinda jangan dihalang, Bila dihalang membawa mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bila menyukat.padi di bakul, Banyak semut datang mendekat; Dinda berangkat hatiku masyghul, Hendak ikut dilarang adat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pasang pelita berhemat cermat, Supaya minyak tidak tertumpah; Kukenang dinda sampai kiamat, Supaya tidak termakan sumpah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pasang pelita terang temaram, Dari senja sampailah pagi; Kukenang dinda siang dan malam, Entahlah bila bertemu lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Awan berarak sebelah hulu Tanda hujan menjelang petang; Jangan diajak dinda bercumbu, Kita bukan bertunang-lanang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hujan reda ribut berdengung, Tanam pinang di kaki tangga; Jangan dinda duduk termenung, Sapu tangan mengganti kanda. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak retak retaklah tangga, Tiang tidakkan mahu rebah; Hendak muak muaklah dinda, Abang tidak berpaling tadah. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak berburu orang dah pergi, Biarlah hamba duduk menunggu; Hendak bertemu dinda tak sudi, Biarlah hamba menanggung rindu. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buluh perindu dibuat suling, Bunyinya merdu mendayu-dayu; Menahan rindu badanku kering, Dinda tak mahu mengambil tahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |