Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ni.ha.ri] | دينيهاري

Definisi : (hari, waktu) fajar belum menyingsing, lebih kurang pukul 3-5 pagi, pagi-pagi benar: pertempuran itu mula berlaku pd waktu petang dan melarat hingga waktu ~; hulu ~ lebih kurang pukul 3.30 pagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dinihari

Puisi
 

Berderai tiung di Linau,
     Punai turun dinihari;
Bercerai kasih bujang panau,
     Makan nasi sesuap sehari.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Cendawan tumbuh dinihari, Perigi berpagar batang buluh; Tuan umpama payung negeri, Tempat kami menumpang teduh.Pantun Melayu SarawakKasih
Hari hampir dinihari, Kokok ayam ganti-berganti; Aku duduk seorang diri, Air mata gugur kanan kiri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berderai tiung di Linau, Punai turun dinihari; Bercerai kasih bujang panau, Makan nasi sesuap sehari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga Pak Mail kembang berkuntum, Kembang pula dinihari; Laksana bunga sekuntum, Hilang di mana hendak dicari?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kalau tuan melancar pucuk, Pucuk pakis timbul tenggelam; Dinihari ayam berkokok, Tinggal cadar di atas tilam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tebu liat si tebu lanjut, Di kilang dipanas mentari; Jatuh berderak tangga anjung, Kerana abang pulang dinihari.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas